Thursday, October 9, 2008

CD classmates 6

pergh.....malu..malu!!!

da macam dalam dalam drama dah....adoiyai!!!Lepas satu...satu bala datang menimpa!!!

Nana merungut seorang diri.semenjak pulang dari sekolah nana hanya mengurungkan diri di dalam bilik.Bunyi pintu bilik yang diketuk di buat tak dengar....
MALAS!!!malu...btolla.Membe2 pown bukan nak back up!!!!
Harapkan pagar...pagar pown same jer.Tapi aku marah kat siape sebenarnye??bingung kepale otak..

WARUNG MAMAK
"ko nak bet tak....nana mesty bad mud gler ah!!!for 1 weeks.Aku kompem...sgt2."capek dan dila,mengangguk setuju dengan ramalan ciko.
"kalau aku jadi nana la....aku tak mengamuk,aku lagi la...ske!!!si encem macam mamat tu pegang ko..aduh,kalau aku la."
"udah la....iera oit!!naik geli aku mendengor nyer....ko kan tau si nana tu mmg anti-perspirant la dgn mamat tu"cpek pantas mencantas.
"oit,jum la gerak..malam ni kite ramai2...pegi rumah nana!!nak?"
"ok gak tu....sape setuju ngan cadangan tu?"hada n ikin angkat kening serentak.
"ok then....8p.m ok??"
Mereka semua bergerak kearah rumah masing-masing..

sementara itu....
"nANA......bukak pintu ni!!!kenape berkurung?mandi-mandi,kite ade jemputan malam nie.by hook or by crook...u must go ok?no excuses.!"
"takmau la ma.....penat.orang nak tido la....malam ni nak buat homework"
"tak buleh...kene pergi.pakai baju kurung yang baru beli tu,tudung mama da gosokkan"
hurgh.....malasnyer la!!!!kacau betol lah.malas faham x??
malas......da la,x gune melawan cakap mama tu.mama mana boleh cakap xnak bler diew dah kate kena.hurm,pasrah jela nana...
membebel seorang diri.nana malas mahu melawan..melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.


Saturday, March 8, 2008

CD CLASSMATE EP-5

Hish..dah hari isnin ke?alamak,hari ni aku kena buat syarahan dengan dia!oh,kenapalah nasib aku ni malang sesangat....hampeh dan obnoxius betullah makhluk tuh!Yang si minah jawa celup darah mat saleh tu pun memang ah.Takde ke orang lain yang dia nak pasangkan dengan aku??dah la malam tadi sampai aku tak cukup tido.Nak siapkan kebenda ntah..hee,memang black monday betullah!ha...apa kata aku menghilangkan diri?jeng jeng...cam ahli silap mata.hahahaha,nana ketawa sendirian.
"hei..kenapa dengan nana ni?tiba-tiba je gelak sorang-sorang?ingat dekat siapa ni?"pn roziah yang sedang memandu bertanya.
"erk,mana ada mama..nana gelak ke?hahaha!"
"iyalah,dah la dari tadi mama tengok muka tu kelat semacam siap dengan berkerut-kerut lagi!Anak mama ni ok ke tak?"
"okies je mama..no hallah.haha,just teringat capek buat lawak pinggan ari tu."puh,selamat.ngee.
Puan roziah hanya mengeleng kepala melihat perangai nana.Ada-ada je la budak ini!erm.Suka sangat buat suspen.Pn roziah menjeling nana yang masih tersengih-sengih di sebelahnya.
"ok,dah sampai.belajar elok-elok ok.Jangan nakal-nakal sangat!"pesan puan roziah sambil menghulurkan salam.Nana menyambut salam ibunya.Sebagai berkat untuk menuntut ilmu.
"ok,mama i will.No worries...da~~assalamualaikum mama."
"waalaikumsalam sayang."jawab puan roziah sebelum berlalu.Kereta perdana hitam itu meluncur laju meninggalkan pagar sekolah.Nana hanya berdiri di depan pagar.ha..apakata aku larikan diri?erk..macam carik maut je cara tu.Nanti puan pengetua report pulak dekat mama.Macam mana ni?hadui!!
"baahhhh........"
"opppp.....mak ko meletop!o...kuah kari tumpah!!"nana terus melatah kerana terkejut.
"hakhakhakhak....."gelak ketawa capek dan iera kedengaran."macam mak nenek!melatah bagai!"ucap iera sebelum menyambung tawa semula.
"korang ni...jangan la buat macam tu,naik gugur venacava aku la.Yang korang tu apahal ada dekat sini?"
"ko ni ada amnesia ker?kiteorangkan pengawas.so,ari ni kita orang la yang jaga pagar.Aku panggil ko tadi ko je yang berdiri tegak dekat situ!."ulas capek.
Amnesia...amnesia...ahaks,apahal aku dah macam elergik dengan perkataan tu?adakah kerana si H.A itu?TIDAK...TIDAK...!amnesia.Merupakan sindiran wajib dalam geng mereka setiap kali salah seorang dari mereka lupa akan sesuatu.
"dah la nana.off u go.Dah nak pukul 730 ni...pergi la masuk.Lagipun hari ini ko ada syarahan dengan hezrick yang encem tu kan?"puji eira.Aish...aku pantang betullah bile mamat itu dipuji!nana menjeling ke arah capek.menyampaikan keresahan melalui gerak matanya.Capek hanya mengangkat bahu.Nak ponteng tak boleh nanti mama tahu!adoi...
Nana telah bersedia dibelakang pentas bersama dengan hezrick.Nana hanya mendiamkan diri.Hezrick yang sibuk merangka syarahan mereka dibuat endah tak endah.aish,ada tongkol emas ke cik nana dalam mulut awak tu?hezrick memandang nana sambil mengangkat kening kanannya.lol,Bajet the rock la pulak!huh...nak tanya orang pakai angkat-angkat kening pulak.Mulut takde ke?nana mengangkat kening kirinya.Serentak itu pengerusi majlis mempersilakan mereka naik ke atas pentas.wuargh....sekarang?kenapalah sekarang...aku tak sedia lagi ni!Lambat-lambat nana melangkah di belakang hezrick.cepatla habis...cepatlah habis!Erk...mula pun belum.
"Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis kerana memberikan peluang kepada kami untuk menyampaikan syarahan.Selamat pagi kami ucapkan kepada puan pengetua,para guru dan rakan-rakan sekalian.Saya hezrick amsyar dan intan syafina,wakil dari kelab anti-dadah akan memberikan syarahan tentang "bahayanya rokok kepada manusia dan alam sekitar!"
Ucapan hezrick hanya setakat itu dapat ditangkap ditelinga nana.Apakan ini?kenapa aku ada dekat atas pentas ni dengan dia?Yang si weda,riena,ekin,hada,dilla dan ciko...tersengih-sengih dekat bawah tu apahal?.Apa ingat aku suka sangat ke naik pentas dengan mamat ni?huh..Yang mamat ni pun apahal la dekat sesangat dengan aku ni?bukannya pentas ni kecik sangat sampai bahu kena bertemu bahu!aish..bahu kebahu betullah..Nana menjarakan dirinya.
"Sekarang saya mempersilakan rakan syarahan saya untuk menyampaikan syarahannya."
Erk,dah sampai turn aku ke?hadui...leceh siot!!erm....tibai je la nana.
"Nana your turn!"bisik hezrick ditelinga nana.hais,aku tahu la turn aku."berapa kali engkau nak beritahu??"nana angkat kening."aku bagitau ko je!"balas hezrick masih dalam nada perlahan.
"kandungan rokok sebenarnya boleh membuatkan paru-paru kita rosak!terlalu banyak..."ni apahal mamat ni dok cuit-cuit bahu aku ni?la...apahal budak-budak ni bising?tak respect senior betullah.
"nana...ko baca line aku tuh!aku dah bace yang tu tadi.Ko punyer line yang bawah tu la."bisik hezrick.Wuargh....malu siot!!!malu..mana nak sorok muka ni.Hadui dorang dah dok gelak-gelakan aku ni!argh...Malunya aku dengan mamat ni!Mesti dia tengah gelakkan aku.argh...lantak ko la!
"Rokok seharusnya menjadi musuh no1 kepada belia-belia sekarang.pembaziran!bukankan sikap membazir itu merupakan salah satu dari sikap mazmumah?jadi mengapa kita harus melibatkan diri dalam sesuatu yang jelas akan mendatangkan kemudaratan kepada diri kita dan orang lain?perokok pasif atau panghidu,menhadapi risiko mendapat penyakit kanser paru-paru yang lebih tinggi berbanding penghisap!kaum wanita menghadapi peratusan yang tinggi untuk mendapat........"
huish,nana bersemangatnya.Dengan muka merah menyala tu.Mesti tahan marah la tu!hahaha...tu la,tadi aku bagi speech ko elok dok jeling-jeling aku.ha,kan dah malu=segan!cute..nyer.Bila marah memang comel sangat muka ko nana.
"Sekian sahaja syarahan kami mengenai kesan rokok keatas kehidupan manusia dan alam sekitar.Moga-moga,syarahan ini dapat mendatangkan manfaat kepada kita semua.assalamualaikum."
erk...malunya aku!!Dahla satu sekolah tahu..adoi,jatuhla saham aku weh.segan+malu= muka dah tebal.Kaki nana menapak laju untuk turun kebawah.tiba-tiba...Ada tangan yang memaut pinggangnya.haa......apa dah jadi?WHAT?YA ALLAH malunya!2 embressment in one morning?ngeee...
Macam mana aku boleh tergelincir ni..?Nana terus meleraikan tangan hezrick dan berlalu.Sorakan dari pelajar-pelajar lain dibuat tak endah.Hezrick hanya memandang nana yang berlalu.Hezrick tersenyum meleret melihat kelakuan nana.



Wednesday, March 5, 2008

Jarak nana dan hezrick=10 meter.

Jauhnya jalan dari aku?bukannya aku nak buat apa-apa pun.tak luak pun kau jalan dekat-dekat dengan aku yang hensem nie...aceh,puji diri sendiri k hezrick?ahaks...hezrick memanjangkan langkahnya mengekori nana.apahal mamat ni?blah ar,jejauh sikit.hee...aku memang la dah cukup alergik dengan dia ni.hezrick semakin rapat disisi nana.Nana berhenti serta merta tanpa amaran!Berpaling manghadap muka hezrick.hezrick hanya mengangkat kening tanda bertanya.

"ok.Sekarang engkau boleh la balik.Aku tahu jalan balik rumah lagi..so,silalah balik"sambil mempersilakan hezrick dengan isyarat tangan.

"Aku?engkau ni memang mengidap penyakit amnesia ke?"

"what?ko jaga sikit mulut ko tu!"nana bercekak pinggang tanda marah.

"hahaha....memang la aku rasa ko mengidap penyakit tu!engkau tak ingat ke?kita ni tinggal satu kawasan perumahan je.kau lupa ke?"hezrick tersenyum nakal.

erk?yeke satu perumahan?apasal aku tak tahu ni?hadui,aku memang la malas macam ni.Nanti kalau mama nampak aku jalan dengan dia mesti dia panggil si perasan ni masuk rumah.aku kan dulu kawan dengan dia.oh,TIDAK.

ha...tau pun ko cuak nana.Erm,baru aku buat ayat macam tu.tapi lawak pun ada.Dahla berdiri dekat sini dengan bercekak pinggang ala-ala mak timah lengang pulak!apa la yang kau fikir tu nana?naik berkerut-kerut kening tu?hezrick tersenyum.Hahahaha...hezrick gelak jahat dalam hati.mendapat idea untuk mengenakan nana.

"nana..............dekat kaki ko!KATAK WEH!!!!KATAK!!"

Hezrick menjerit-jerit memberi amaran kepada nana.Nana yang bagaikan baru terbangun dari lena terus melompat-lompat..

"mana?mana?"

"TU ha....dekat kaki kau tu.!!"

"arghh....."nana menjerit kegelian.Dengan mata terpejam nana terus memaut lengan hezrick..tanpa sedar.

"halau la weh...halau la..."masih memejam mata.senyap,tiada sahutan dari hezrick.apasal diam je dia ni?satu saat...dua saat....tiga saat!!kemudian terdengar gelak ketawa yang kuat..

"wakakakakakakak.........."

"kuang hajar!!!!ko tipu aku ek?penipu!"tangan nana masih di lengan hezrick.

"mana ada aku tipu.aku gurau je..,tak sangka ek,dah jadi brutal pon ko still takut katak tu kan?hahahaha....."

erk...memang kureng la mamat ni!aku dah la memang alergik ngan binatang tu!Dengan dia neh,lagi la aku alergik..erk,nana baru perasan!tangan?tangan aku?YA ALLAH.malunya.laju nana menarik tangannya.

ha.....tau pun kau!takut!suka hati je pegang-pegang tangan anak teruna orang!hahahaha...hish,merahnya muka!makin cute la pulak!hezrick pandang muka nana.

"erm....aku balik dulu la....babai!"laju langkah nana.Bagai tak cukup tanah berjalan.

"well..aku pun nak balik jugak!jom."

Ceit,pigi dah mabok.buat muka selambe.Dah kenakan aku.Lepas tu buat muka serius pulak...huh,Nana menjellir lidah ke arah hezrick!

"aku balik sendiri..."

Nana berjalan tanpa menunggu hezrick.Nana...nana...apalah kau ni!Malu la tu!!ahaks.Hezrick tersenyum suka.Memanjangkan langkah, mengejar nana yang semakin jauh.

Thursday, February 28, 2008

Fikiran nana semakin berserabut.Boleh gila aku macam ni.si mamat perasan hensem tu mmg dah melampau la...dulu kalau aku tak layan dia buat dek jugak kat aku.sekarang ni?asyik nak carik gaduh je dengan aku.apahal la dia tu..rimas la aku!ambik pen aku,barang aku dia buat macam harta dia je.Memang muka dia tu patut kena tepek dengan tahi ayam je.fuh...nasib la dah habis masa sekolah.meremang bulu roma nana mendengar bisikan hezrick di telinganya."dulu kan engkau suka syer barang dengan aku?"perlahan suara hezrick berbisik.huh,macam kasanova je perangai!!Cakap dengan aku pun nk bisik-bisik....nak mengoda la tu!aku tak tergoda langsung...nana memgerutu dalam hati.Kaki nana melangkah laju apabila menyedari masa berlalu.Alamak!!perjumpaan kelab.adoi,dah lambat gila ni..mesti diaorang semua dah tunggu.Entah apalah yang mesyuarat tergempar sesangat.Laju langkah nana memanjat anak tangga.
fuh,tingginya tangga ni...hai nasib la aku ni young and healty..hahaha.nana senyum seorang diri.erk,semua dah ada... nan melangkah masuk perlahan-lahan.
"there u are..we've been expecting u miss shafina!"
apahal gaya-gaya menyindir je cikgu ni?aku bukannya sengaja.mula la tu nak buat perangai kerek.Tak mengenang budi betul.Kalau takde aku ni jangan harap la kelab ni nak jalan.Sombong betul la cikgu ni..macam la pangkat besar sangat.
"i'm sorry..miss linda.tadi saya kena ke toilet."
"ok...tak mengapa!saya terima alasan awak tu.Sekarang awak duduk disebelah hezrick ya?"
Bajet mat saleh betul la dia ni!muka dah memang sah-sah muka melayu campuran jawa.aik,apasal aku terasa macam dia suruh aku duduk kat sebelah mamat yang......?ha?
"KO BUAT APA DEKAT SINI???"melengking kuat suara nana.merenung hezrick dengan mata yang merah menyala.Hezrick hanya mendiamkan diri.Dah la dalam kelas mengadap muka dia.Kat sini pun dia?Bosan la...nana masih berdiri.Cikgu linda menegur nana.
"what wrong with that?his our new member's and..i want u to give full co-operation to him!can you to that?And both of you will present a speech about danger of smoking on monday!understood?nana!please be seated.."panjang lebar arahan minah saleh celup ni.SYARAHAN?YA ALLAH..dengan mamat ni lagi?kenapa semua yang aku buat kena ada dia?pelik dan musykil aku.
Nana menjeling geram ke arah hezrick sebelum duduk di atas kerusi yang dijarakkan sebanyak 2 meter dari hezrick.hezrick menahan tawa melihat perangai nana.dia ketawa dalam hati.nana..patut la aku jatuh hati dekat ko nana.erm...hezrick sengaja mendekatkan kerusinya.hui,merahnya muka!
"duduk jauh sikit la...bukan muhrim!"
"aik?dekat ke?tak dekat pun aku rasa..macam jauh je lagi"kerusi ditarik lebih dekat ke arah nana. Hezrick senyum mengoda.Muka nana semakin merah menyala..jelas menahan amarah.nasib la minah saleh jawa kat depan ni tengah membebel kalau tidak dah aku lipat-lipat tulang ko hezrick!jantan tak malu!
"ada apa-apa soalan lagi?nana?kamu tak sihat ka nana?nak balik ke?"
memang tawaran yang ditunggu-tunggu.aku nak balik...menhadap mamat ni memang buat hati aku berbulu je...dah la bajet kasanova.huh,semua perempuan dia nak tegur, nak senyum famous sangat la tu konon?uweeak.erm,buat apa aku pikir pasal dia ni?Membazir buah fikiran je.
"Can i go home miss?boleh tak capek temankan saya cikgu?" apasal baik hati sangat si linda ni?tetiba je concern pasal aku?selalunya bukan main strict..argh lantak la asal aku dapat balik.
"o...syafika?tak boleh la kasi dia hantar kamu balik dia kena tolong saya.erm,hezrick...kamu hantar nana balik ke rumah ya?"
ha...mamat ni?biar betul minah saleh jawa ni?nak suruh aku balik ngan musuh ketat aku!nana terus mengeleng kepala tanda tidak setuju.
"takpe la cikgu!biar saya balik sendiri.menyusahkan dia je!"nana cuba membantah.dari jalan dengan dia baik aku jalan sorang-sorang.
"tak susah pun....."hezrick menjawab perlahan.Sambil mengenyitkan mata.Nana menjeling marah.
Cikgu linda jelas membantah usulan nana yang dirasakan tidak sesuai.Kedengaran suara tegas guru muda itu,memberi arahan.
"tak boleh shafina.you'll will go home but hezrick must send you!lagipun awak macam tak berapa sihat je!dia akan hantar awak.muktamad"tegas suara cikgu linda.
Nana hanya mengangguk lemah.pandangannya dihalakan ke arah capek,cuba meminta bantuan namun capek juga sepertinya..tak boleh membantah!

Monday, February 25, 2008

CD CLASSMATE EP-4

Entah kenapa,hari ini nana mahu bersendirian.Entah angin apa yang melandanya membuatkan dia merajinkan diri untuk bersenam seorang diri di tasik.Selalunya jika mahu bersenam pasti nana membawa kawan tapi tidak hari ini.fikirannya terlalu kusut dan ingin ditenangkan..nana menghela nafas lalu duduk di kerusi yang disediakan.nana masih asyik merenung tasik yang terbentang luas didepannya.kebelakangan ini hati nana sentiasa resah.perasaan marah,yang menjadi faktor utama keresahannya itu.selama seminggu terpaksa duduk disebelah orang yang amat dibencinya.
"hai,nak duduk sekali boleh?"
nana terkejut mendengar sapaan itu.macam kenal.takkan la si H.A perasan tu.laju nana menoleh untuk melihat siapakan yang menganggu ketenangannya itu.
"KAU?"memekik suara nana.kenapa la.aku kena jumpa dengan dia jugak?tak ada ke insan-insan yang lain didunia ini..
"ya.aku!apasal ko terkejut?bukannya pelik pun kalau ko jumpe aku dekat sini!!"mata hezrick masih tidak lepas memandang wajah nana yang nyata tegang.hezrick dapat melihat mulut nana yang bergetar menahan perasaan amarah.
"aku tak benarkan ko duduk dekat sini....boleh tak engkau berambus!aku dah naik muak tengok muka ko!"kasar sekali suara nana.nana sedar bahasa yang digunakannya teramat kasar.Namun,hatinya membusut dengan perasaan marah setiap kali terpandangkan wajah hezrick.
"erm..tapi kan cik nana.saya ni suka sangat tengok muka awak!lagi-lagi bila awak tengah marah."dari ekor matanya nana perasaan senyuman hezrick.macamla handsome sangat.Nana semakin meradang apabila hezrick terus duduk disebelahnya.
Nana dapat merasa yang jarak mereka terlalu dekat.Ish,mamat perasaan ni,dia tak tahu ke aku menyampah yang amat dekat dia.Kenapa la dia boleh lagi buat muka tak tahu malu.Nana perasan.semenjak tempat duduk mereka ditukarkan perangai hezrick makin tak tahu malu.Terutama sekali bila faiz menempek di mejanya.hezrick akan buat-buat mesra dengannya padahal hubungan mereka tidak pernah semesra itu.Dalam sehari boleh dibilang patah perkataan yang keluar dari mulut nana.
"oklah...H.A aka BUDAK TAK TAHU MALU.Kalau engkau tak nak blah biar aku yang belah."panjang langkah nana ingin berlalu meninggalkan lelaki itu.Hezrick mengambil tindakan pantas dan memaut pergelangan tangan nana.Hezrick mengeluh mendengar gelaran yang diberi nana kepadanya.menyebut namanya bagai terlalu susah untuk nana.Sebaliknya nana membahasakan nya sebagai H.A.Apa jijik sangat ke nama aku?
"duduk!!"tegas suara hezrick mengarah.Nana masih lagi berusaha menarik pergelangan tangannya.Suara nana yang membebel marah itu masih tidak dihiraukan oleh hezrick.
"ko siapa nak mengarah aku?engkau ni kawan aku pun bukan..pakwe aku pun bukan dan yang paling penting ko ni aku tak penah kenal pun!!paham?aku tak kenal ko!!!"rontaan nana ditangan hezrick tidak berguna.rontaan itu langsung tidak memberi kesan padanya.
"fine.Kalau engkau nak sangat..tahu siapa aku.Aku bagitahu engkau sekarang.."dapat dilihat hezrick mengosok-gosok rambutnya,menahan marah."aku ni classmate ko dan tak lama lagi aku akan jadi pakwe ko!!paham."nada suara hezrick yang tinggi menyebabkan bahu nana terangkat.Tangan nana masih tidak dilepaskan hezrick.perasan la ko pakwe aku!aku tak penah pun mengaku ko pakwe aku.nana hanya meluahkan dalam hati apabila melihat pandangan hezrick yang bagai singa kelaparan.
"please,duduk dulu nana.aku nak ko dengar penjelasan aku."nana tidak sempat berbuat apa-apa apabila hezrick menariknya duduk.Nana hanya duduk membatu.memandang wajah hezrick tidak sekali.
"nana apa perasaan kau dalam 2 tahun ni?ko tak rindu langsung ke dekat aku?"hezrick dapat merasa air liur yang ditelan serasa pahit.
"aku tak pernah ada sebab untuk rindu dekat penipu macam kau.aku bahagia je sampai la engkau muncul dan kacau bilaukan hidup aku.Aku tak penah nak dan tak akan mahu jadi kawan dan special girl ko.engkau jalani hidup engkau dan aku dengan hidup aku.fullstop!!aku harap engkau faham..."nana terus berlalu tanpa menoleh kearah hezrick yang sudah keputusan kata-kata.
"nana!engkau kena cuba maafkan aku..!"jerit hezrick.nana yang pada waktu itu hanya baru selangkah berjalan,terus berhenti.Tanpa memandang hezrick.
"maafkan aku tapi mr.H.A,aku memang tak boleh maafkan penipu macam engkau yang dah perkotak- katikkan maruah aku.hanya kerana wang!tahniah lagi kepada engkau yang membuatkan aku sentiasa berhati-hati untuk memilih kawan..LELAKI!"
Tiba-tiba nana terdengar ketawa yang menyakitkan ulu hatinya.wajah hezrick ditenung.Nana berpeluk tubuh memandang hezrick dengan muka merah.
"berhati-hati?aku rasa engkau belum cukup berhati-hati lagi."tutur hezrick dengan nada sinis."kalau engkau berhati-hati engkau takkan layan si faiz tu macam tu kan?bukan main mesra lagi engkau dengan dia.Macam tu engkau kata engkau berhati-hati?"
senyum sinis dibibir hezrick menambah perasaan marah nana. "itu hak aku.Faiz lain,dia bukan penipu dan sentiasa jujur dengan aku!aku percaya dia.Lepas ni aku rasa engkau tak perlu lagi nak berlagak mesra dengan aku bila faiz datang dekat aku!engkau jauhkan diri dari aku...!!"
"apa yang lainnya?aku pun sama macam faiz.nak berkawan dengan engkau.so,faiz dan aku tak ada bezanya!!"nada suara hezrick semakin tinggi.serasa angin petang itu tak dapat menenangkan hatinya yang mengelegak itu.
"dah la....aku rasa buang masa je engkau nak bandingkan diri engkau dengan faiz.engkau dan faiz tak layak nak disamakan pun!aku benci engkau dan aku sayang faiz!"sehabis mengucapkan perkataan itu nana kembali berlari.hezrick kembali terduduk dikerusi.betul ke engkau suka faiz nana?hezrick kembali mengisai-gisai rambutnya.serabut.nana,macam mana dengan aku?memang tak ada ruang langsung ke untuk engkau maafkan aku?lemah langkah kaki hezrick melangkah meninggalkan taman itu.

Saturday, February 23, 2008

Entah kenapa,hari isnin ini di rasakan terlalu panjang!hai,cepat la abis sekolah...



dalam hati nana:

yang si mamat tu asyik dok jeling aku...mana la aku nak selesa.ish...cepat la abis masa!!menyampah!menyampah la!!!argh....kalau boleh dah aku korek-korek dah bijik mata dia tu gune spanar k,skru driver k!!ha...baru puas ati aku!YA ALLAH,zalim nya ko ni nana!



dalam hati hezrick:

si minah tu,kalau boleh semua lelaki dalam kelas ni dia nak tegur.pe,aku ni bukan lelaki k?nak kata aku pakai baju kurung tak jugak!punya la "encem"aku ni!hahaha,perasaan ko ni hez,ni buat aku tercabar ni...tengok la,waktu akaun tadi!bukan main ramah mesra macam cik rahmah jiran sebelah umah aku dengan si faiz tu.ni dah masuk masa ke 7..lagi sejam dah nak balik!aku ni jangan kata nak tegur pandang pun tak nak.....argh!!tensyen.....



lamunan mereka terhenti!suara faiz memberi arahan supaya bangun menyebabkan mereka berdua tersentak!

"bangun,semua...SELAMAT PAGI CIKGU!"kedengaran masih bersemangat suara faiz,memberi ucapan itu.

"Duduk semua!!hari ini kita akan tangguhkan sesi pembelajaran kita dahulu.saya ada pengumuman penting untuk diberi tahu."dari jauh nana dapat melihat senyum sinis cikgu ruhani,guru matematik merangkap guru kelas mereka.ni yang aku tak suka ni bile dia senyum macam tu.adalah tu yang dia nak buat tu....hai...!nana mengeluh melihat senyum gurunya itu!capek disebelah dijeling.Dilihat ekin dan ada bertukar pandangan,dihadapannya!

"saya,dengan kuasa veto sebagai guru kelas anda..ingin mengunakan kesempatan ini untuk menukarkan tempat duduk kamu.terlalu banyak aduan yang saya terima tentang sikap kamu!bila kebisingan kelas kamu bercampur dengan kelas sebelah...masyaallah!satu sekolah boleh dengar.nana,geng kamu yang di kelas sebelah tu pun akan ditukarkan tempat duduk oleh guru kelas mereka....."panjang lebar mukadimah cikgu ruhani.hei...mesti aku pun kena tukar ni...!awal-awal dah sebut-sebut nama aku ni!argh.....capek dah buat muka cipan segan nak hidup disebelahnya.

"jika,saya hanya tukarkan tempat duduk seorang dua akan nampak tidak adil.Jadi saya akan tukar tempat duduk semua orang. bersebelahan lelaki-perempuan.untuk meminimumkan kebisingan kamu...PAHAM!"

Tiba-tiba faiz menjerit kegembiraan."cikgu,saya setuju je.tapi saya nak duduk dengan nana je la!dengan orang lain saya tak nak....ok cikgu??"sambil menunjukkan isyarat ok ke arah cikgu ruhani.

"FAIZ.......!!!!"mendatar suara nana.Tidak suka dengan cadangan faiz.

"maafkan saya faiz.Disebabkan awak ni sama level bisingnya dengan nana.saya memang tak boleh biar awak duduk berdua...!saya akan sebut nama dan sila bangun..dan bergerak ke tempat anda!!"serentak itu terdengar keluhan yang kuat dari semua pelajar kelas5 ceria.nama seorang demi seorang disebut.. hanya tinggal nama ikin,nana,paadin dan hezrick yang belum disebut.YA ALLAH,biar la aku duduk dengan paadin yang shengal tu...aku lagi rela duduk dengan mamat tu.bior seshengal mana pun aku tak kisah asal tak duduk sebelah hezrick tuh...wuargh!dugaaa...n!

"syekin...awak akan duduk...sebelah.."ai,pehal berenti lak cikgu ni!nak wat suspen la pulak...adui!angkat hp plak.sambil itu nana berbisik ditelinga ekin."ekin...ko duduk la sebelah budak baru tu.ek?your are my frenz..!leh ar kin?eh?"

"ah,tak nak la aku.dah la budak baru!!!kalau si paadin tu aku dah kenal lama tak pe la...."ujar ekin,membantah.

"ok.maafkan saya ye!!important fon call tadi."terang cikgu ruhani."syekin,awak duduk disebelah paadin ya?"what?ha.....tak aci la.Aku kena duduk dengan mamat H.A perasaan ni!!!!ni yang buat rasa nak mengamuk ni.argh.....tanpa nana sedari hezrick disebelahnya sudah tersenyum suka.
"cikgu...saya rasa iza lagi sesuai duduk sebelah er...er...budak baru ni!"cadang nana.nana...nana..!hezrick geleng kepala.nama aku pun ko tak nak sebut ya?boleh bagi alasan lagi sebab taknak duduk sebelah aku?

"tak boleh nana!!" tegas suara cikgu ruhani."sekarang sila bergerak ke tempat yang ditetapkan.Lagi satu nana.Jangan nak tukar lagi tempat awak tu macam sebelum ni.ok?kali ni kalau awak tukar balik saya akan terus buat aduan kepada pengetua....paham?"erk...pengetua?ni aku elergic ni..dah la pengetua tu kawan mama...baru cadang nak tukar tempat duduk.Hancus pelan aku macam ni!!!!lambat-lambat nana bergerak ke tempat barunya.

"lagi satu perkara!setiap projek,amali,majlis malam amal atau apa-apa sahaja...semua haruslah dibuat dengan pasangan anda...ok?!ada apa-apa pertanyaan?Bagus,masa saya dah tamat!terime kasih atas kerjasama anda."buku pengajaran diangkat dan cikgu ruhani terus berlalu.hezrick disebelah dijeling...ah!!aku kisah apa dengan ko.buat bodoh je la nana!diam je...tak payah cakap dengan dia.tapi macam mana? amali sains?seni?lisan bm,bi?sume kena bincang dengan dia....waduh-waduh,gawat ni neng!

"so,nana apa feeling ko kena mengadap muka aku hari-hari sekarang?"selamba saja nada suara hezrick bertanya sambil berpeluk tubuh.eleh,macam handsome..kutuk nana.

"huh.....!blah la ko...uwek"nana menjelir lidah.sambil bangun,berdiri tegak."comel jugak ko buat macam tu nana!!Aku taw ko suka duduk sebelah aku kan nana?macam waktu kita dulu....kan?"
tanya hezrick penuh pengharapan.

"ko je yang perasan aku suka...aku tak kata pun aku suka kan?dah la.malas aku nak layan ko ni...huh!M.E.N.Y.A.M.P.A.H" nana mengeja satu persatu.sehabis meluahkan kata-kata itu nana berlalu ke arah capek.hezrick hanya memandang nana yang berlalu dengan perasaan kesal tak terkata!!!








Friday, February 22, 2008

Akhirnya hari isnin nana datang ke sekolah.hu,rindunya kat sekolah..ceh,macam la dah setahun tinggal kan sekolah..nana...nana...membebel sendiri!hish,tapi bile fikirkan balik memang malas gile nak pegi sekolah..dah la satu kelas ngan mamat tuh!!!masak aku..alah,buat bodoh je la!setakat mamat tu tak de kesan pun dalam idup aku...huh,tapi boleh ke aku buat muke selambe je??aish,kuatkan hati ko nana...!nana melangkah yakin masuk ke kelas...

"oit,pompuan....pehal lame ko tak datang?ko dok betape ke kat rumah ko?"kepoh mulut faiz.ketua tingkatan 5 CERIA itu bertanya.
"banyak la ko punye bertapa...aku dok sakit kat umah tu ko bukannya nak datang melawat!huh,cam ni la kawan...fine!"ujar nana,bergurau.Faiz memang rapat dengan nana...kalau berjumpa pasti bertengkar dan tidak sah kalau tidak usik mengusik.
"la...ko demam?meh sini aku rase...."faiz angkat tangan ingin menyentuh dahi nana.
"weh!!!tak main la pegang-pegang!,bukan muhrim la!"tegas suara nana.
"eleh,aku bukan nak pegang ko aku nak pukul si rahman ni ha...!"serentak itu rahman yang berdiri di sisinya dipukul.pap!sekuat hati...faiz memukul.serentak itu kedengaran gelak tawa pelajar-pelajar tingkatan 5 ceria.seorang pelajar lelaki melangkah masuk.terus melangkah kearah mereka..."weh,am..back up aku.ko tgk la si faiz ni pukul-pukul aku pulak!!!"adu si rahman.nana makin tidak selesa dengan jarak antara mereka berdua..mamat ni pun tak sedar ke jarak bahu ke bahu ni dah dekat seinci je!
"dah la,dari melayan korang bergaduh baik aku duduk.Lagi bagus...huh."nana berlalu ke tempat duduk,tidak memandang langsung hezrick yang berdiri disebelahnya...
"na,aku nak duduk sebelah ko la hari ni.boleh tak?"
"tak payah le...habis si capek tu ko nak suruh dok kat mne?atas lantai?langsung dia tak nampak papan hitam nanti."nana buat muka serius.
"Hahaha,sempat lagi ko hina si capek tu!ala,ko macam la tak biasa duduk kat sebelah aku?selalu kalau ko nak wat akaun tu cepat je ko duduk kat sebelah aku kan??siap halau si rahman tu lagi..!"
"tu lain,aku duduk sekejap je....bukan sampai balik!ok?"selar nana sambil mengangkat kening ala-ala ziana zain...
"aku tak kira la...aku nak jugak duduk kat ko!aku rindu ar dekat ko..hahahaha"
"banyak ko punye rindu!!aku debik kang...dah blah-blah.ko ni aku baru baik ni demam ni!ko dah wat hal...ha....tu nona capek dah mari!ko blah g tempat ko..!"marah nana."cap,mai sini..!halau si faiz ni...geram aku!!"capek yang baru menapak kedalam kelas...menjerit nama nana dengan gembira.
"na,datang gak ko eh?ingat dah transfer sekolah terus...hahaha.."
"gila ko nak transfer...aku punya la dah sayang kat sekolah ni!huh,tak mungkin aku pindah.hakhakhak,jiwang!"nana&capek berpeluk-pelukan.
"cap,ko duduk kat tempat aku bole?boleh la ek?aku nak date ngan nana ni dah rindu gila kat dia..."bodek faiz.
"ah,takde aku nak duduk ngan nana blah..."tangan capek cepat-cepat menarik faiz supaya bangun!
"yela-yela aku bangun...na,akaun nanti dok kat aku eh?"
"iye..nanti aku duduk dengan ko...!dah blah sibuk je"halau nana.faiz dengan muka tidak puas hati duduk.tanpa mereka sedari,seseorang memerhati dengan muka merah menahan perasaan.. cemburu!!!!aku ni dia buat bodoh je...dengan mamat tu bukan main lagi...gelak-gelak la,dengan orang lain bukan main mesra lagi!huh,dengan aku pandang pun tak nak....marah hezrick amsyar dan terus berlalu ke tempatnya.