Saturday, March 8, 2008

CD CLASSMATE EP-5

Hish..dah hari isnin ke?alamak,hari ni aku kena buat syarahan dengan dia!oh,kenapalah nasib aku ni malang sesangat....hampeh dan obnoxius betullah makhluk tuh!Yang si minah jawa celup darah mat saleh tu pun memang ah.Takde ke orang lain yang dia nak pasangkan dengan aku??dah la malam tadi sampai aku tak cukup tido.Nak siapkan kebenda ntah..hee,memang black monday betullah!ha...apa kata aku menghilangkan diri?jeng jeng...cam ahli silap mata.hahahaha,nana ketawa sendirian.
"hei..kenapa dengan nana ni?tiba-tiba je gelak sorang-sorang?ingat dekat siapa ni?"pn roziah yang sedang memandu bertanya.
"erk,mana ada mama..nana gelak ke?hahaha!"
"iyalah,dah la dari tadi mama tengok muka tu kelat semacam siap dengan berkerut-kerut lagi!Anak mama ni ok ke tak?"
"okies je mama..no hallah.haha,just teringat capek buat lawak pinggan ari tu."puh,selamat.ngee.
Puan roziah hanya mengeleng kepala melihat perangai nana.Ada-ada je la budak ini!erm.Suka sangat buat suspen.Pn roziah menjeling nana yang masih tersengih-sengih di sebelahnya.
"ok,dah sampai.belajar elok-elok ok.Jangan nakal-nakal sangat!"pesan puan roziah sambil menghulurkan salam.Nana menyambut salam ibunya.Sebagai berkat untuk menuntut ilmu.
"ok,mama i will.No worries...da~~assalamualaikum mama."
"waalaikumsalam sayang."jawab puan roziah sebelum berlalu.Kereta perdana hitam itu meluncur laju meninggalkan pagar sekolah.Nana hanya berdiri di depan pagar.ha..apakata aku larikan diri?erk..macam carik maut je cara tu.Nanti puan pengetua report pulak dekat mama.Macam mana ni?hadui!!
"baahhhh........"
"opppp.....mak ko meletop!o...kuah kari tumpah!!"nana terus melatah kerana terkejut.
"hakhakhakhak....."gelak ketawa capek dan iera kedengaran."macam mak nenek!melatah bagai!"ucap iera sebelum menyambung tawa semula.
"korang ni...jangan la buat macam tu,naik gugur venacava aku la.Yang korang tu apahal ada dekat sini?"
"ko ni ada amnesia ker?kiteorangkan pengawas.so,ari ni kita orang la yang jaga pagar.Aku panggil ko tadi ko je yang berdiri tegak dekat situ!."ulas capek.
Amnesia...amnesia...ahaks,apahal aku dah macam elergik dengan perkataan tu?adakah kerana si H.A itu?TIDAK...TIDAK...!amnesia.Merupakan sindiran wajib dalam geng mereka setiap kali salah seorang dari mereka lupa akan sesuatu.
"dah la nana.off u go.Dah nak pukul 730 ni...pergi la masuk.Lagipun hari ini ko ada syarahan dengan hezrick yang encem tu kan?"puji eira.Aish...aku pantang betullah bile mamat itu dipuji!nana menjeling ke arah capek.menyampaikan keresahan melalui gerak matanya.Capek hanya mengangkat bahu.Nak ponteng tak boleh nanti mama tahu!adoi...
Nana telah bersedia dibelakang pentas bersama dengan hezrick.Nana hanya mendiamkan diri.Hezrick yang sibuk merangka syarahan mereka dibuat endah tak endah.aish,ada tongkol emas ke cik nana dalam mulut awak tu?hezrick memandang nana sambil mengangkat kening kanannya.lol,Bajet the rock la pulak!huh...nak tanya orang pakai angkat-angkat kening pulak.Mulut takde ke?nana mengangkat kening kirinya.Serentak itu pengerusi majlis mempersilakan mereka naik ke atas pentas.wuargh....sekarang?kenapalah sekarang...aku tak sedia lagi ni!Lambat-lambat nana melangkah di belakang hezrick.cepatla habis...cepatlah habis!Erk...mula pun belum.
"Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis kerana memberikan peluang kepada kami untuk menyampaikan syarahan.Selamat pagi kami ucapkan kepada puan pengetua,para guru dan rakan-rakan sekalian.Saya hezrick amsyar dan intan syafina,wakil dari kelab anti-dadah akan memberikan syarahan tentang "bahayanya rokok kepada manusia dan alam sekitar!"
Ucapan hezrick hanya setakat itu dapat ditangkap ditelinga nana.Apakan ini?kenapa aku ada dekat atas pentas ni dengan dia?Yang si weda,riena,ekin,hada,dilla dan ciko...tersengih-sengih dekat bawah tu apahal?.Apa ingat aku suka sangat ke naik pentas dengan mamat ni?huh..Yang mamat ni pun apahal la dekat sesangat dengan aku ni?bukannya pentas ni kecik sangat sampai bahu kena bertemu bahu!aish..bahu kebahu betullah..Nana menjarakan dirinya.
"Sekarang saya mempersilakan rakan syarahan saya untuk menyampaikan syarahannya."
Erk,dah sampai turn aku ke?hadui...leceh siot!!erm....tibai je la nana.
"Nana your turn!"bisik hezrick ditelinga nana.hais,aku tahu la turn aku."berapa kali engkau nak beritahu??"nana angkat kening."aku bagitau ko je!"balas hezrick masih dalam nada perlahan.
"kandungan rokok sebenarnya boleh membuatkan paru-paru kita rosak!terlalu banyak..."ni apahal mamat ni dok cuit-cuit bahu aku ni?la...apahal budak-budak ni bising?tak respect senior betullah.
"nana...ko baca line aku tuh!aku dah bace yang tu tadi.Ko punyer line yang bawah tu la."bisik hezrick.Wuargh....malu siot!!!malu..mana nak sorok muka ni.Hadui dorang dah dok gelak-gelakan aku ni!argh...Malunya aku dengan mamat ni!Mesti dia tengah gelakkan aku.argh...lantak ko la!
"Rokok seharusnya menjadi musuh no1 kepada belia-belia sekarang.pembaziran!bukankan sikap membazir itu merupakan salah satu dari sikap mazmumah?jadi mengapa kita harus melibatkan diri dalam sesuatu yang jelas akan mendatangkan kemudaratan kepada diri kita dan orang lain?perokok pasif atau panghidu,menhadapi risiko mendapat penyakit kanser paru-paru yang lebih tinggi berbanding penghisap!kaum wanita menghadapi peratusan yang tinggi untuk mendapat........"
huish,nana bersemangatnya.Dengan muka merah menyala tu.Mesti tahan marah la tu!hahaha...tu la,tadi aku bagi speech ko elok dok jeling-jeling aku.ha,kan dah malu=segan!cute..nyer.Bila marah memang comel sangat muka ko nana.
"Sekian sahaja syarahan kami mengenai kesan rokok keatas kehidupan manusia dan alam sekitar.Moga-moga,syarahan ini dapat mendatangkan manfaat kepada kita semua.assalamualaikum."
erk...malunya aku!!Dahla satu sekolah tahu..adoi,jatuhla saham aku weh.segan+malu= muka dah tebal.Kaki nana menapak laju untuk turun kebawah.tiba-tiba...Ada tangan yang memaut pinggangnya.haa......apa dah jadi?WHAT?YA ALLAH malunya!2 embressment in one morning?ngeee...
Macam mana aku boleh tergelincir ni..?Nana terus meleraikan tangan hezrick dan berlalu.Sorakan dari pelajar-pelajar lain dibuat tak endah.Hezrick hanya memandang nana yang berlalu.Hezrick tersenyum meleret melihat kelakuan nana.



No comments: