Monday, February 25, 2008

CD CLASSMATE EP-4

Entah kenapa,hari ini nana mahu bersendirian.Entah angin apa yang melandanya membuatkan dia merajinkan diri untuk bersenam seorang diri di tasik.Selalunya jika mahu bersenam pasti nana membawa kawan tapi tidak hari ini.fikirannya terlalu kusut dan ingin ditenangkan..nana menghela nafas lalu duduk di kerusi yang disediakan.nana masih asyik merenung tasik yang terbentang luas didepannya.kebelakangan ini hati nana sentiasa resah.perasaan marah,yang menjadi faktor utama keresahannya itu.selama seminggu terpaksa duduk disebelah orang yang amat dibencinya.
"hai,nak duduk sekali boleh?"
nana terkejut mendengar sapaan itu.macam kenal.takkan la si H.A perasan tu.laju nana menoleh untuk melihat siapakan yang menganggu ketenangannya itu.
"KAU?"memekik suara nana.kenapa la.aku kena jumpa dengan dia jugak?tak ada ke insan-insan yang lain didunia ini..
"ya.aku!apasal ko terkejut?bukannya pelik pun kalau ko jumpe aku dekat sini!!"mata hezrick masih tidak lepas memandang wajah nana yang nyata tegang.hezrick dapat melihat mulut nana yang bergetar menahan perasaan amarah.
"aku tak benarkan ko duduk dekat sini....boleh tak engkau berambus!aku dah naik muak tengok muka ko!"kasar sekali suara nana.nana sedar bahasa yang digunakannya teramat kasar.Namun,hatinya membusut dengan perasaan marah setiap kali terpandangkan wajah hezrick.
"erm..tapi kan cik nana.saya ni suka sangat tengok muka awak!lagi-lagi bila awak tengah marah."dari ekor matanya nana perasaan senyuman hezrick.macamla handsome sangat.Nana semakin meradang apabila hezrick terus duduk disebelahnya.
Nana dapat merasa yang jarak mereka terlalu dekat.Ish,mamat perasaan ni,dia tak tahu ke aku menyampah yang amat dekat dia.Kenapa la dia boleh lagi buat muka tak tahu malu.Nana perasan.semenjak tempat duduk mereka ditukarkan perangai hezrick makin tak tahu malu.Terutama sekali bila faiz menempek di mejanya.hezrick akan buat-buat mesra dengannya padahal hubungan mereka tidak pernah semesra itu.Dalam sehari boleh dibilang patah perkataan yang keluar dari mulut nana.
"oklah...H.A aka BUDAK TAK TAHU MALU.Kalau engkau tak nak blah biar aku yang belah."panjang langkah nana ingin berlalu meninggalkan lelaki itu.Hezrick mengambil tindakan pantas dan memaut pergelangan tangan nana.Hezrick mengeluh mendengar gelaran yang diberi nana kepadanya.menyebut namanya bagai terlalu susah untuk nana.Sebaliknya nana membahasakan nya sebagai H.A.Apa jijik sangat ke nama aku?
"duduk!!"tegas suara hezrick mengarah.Nana masih lagi berusaha menarik pergelangan tangannya.Suara nana yang membebel marah itu masih tidak dihiraukan oleh hezrick.
"ko siapa nak mengarah aku?engkau ni kawan aku pun bukan..pakwe aku pun bukan dan yang paling penting ko ni aku tak penah kenal pun!!paham?aku tak kenal ko!!!"rontaan nana ditangan hezrick tidak berguna.rontaan itu langsung tidak memberi kesan padanya.
"fine.Kalau engkau nak sangat..tahu siapa aku.Aku bagitahu engkau sekarang.."dapat dilihat hezrick mengosok-gosok rambutnya,menahan marah."aku ni classmate ko dan tak lama lagi aku akan jadi pakwe ko!!paham."nada suara hezrick yang tinggi menyebabkan bahu nana terangkat.Tangan nana masih tidak dilepaskan hezrick.perasan la ko pakwe aku!aku tak penah pun mengaku ko pakwe aku.nana hanya meluahkan dalam hati apabila melihat pandangan hezrick yang bagai singa kelaparan.
"please,duduk dulu nana.aku nak ko dengar penjelasan aku."nana tidak sempat berbuat apa-apa apabila hezrick menariknya duduk.Nana hanya duduk membatu.memandang wajah hezrick tidak sekali.
"nana apa perasaan kau dalam 2 tahun ni?ko tak rindu langsung ke dekat aku?"hezrick dapat merasa air liur yang ditelan serasa pahit.
"aku tak pernah ada sebab untuk rindu dekat penipu macam kau.aku bahagia je sampai la engkau muncul dan kacau bilaukan hidup aku.Aku tak penah nak dan tak akan mahu jadi kawan dan special girl ko.engkau jalani hidup engkau dan aku dengan hidup aku.fullstop!!aku harap engkau faham..."nana terus berlalu tanpa menoleh kearah hezrick yang sudah keputusan kata-kata.
"nana!engkau kena cuba maafkan aku..!"jerit hezrick.nana yang pada waktu itu hanya baru selangkah berjalan,terus berhenti.Tanpa memandang hezrick.
"maafkan aku tapi mr.H.A,aku memang tak boleh maafkan penipu macam engkau yang dah perkotak- katikkan maruah aku.hanya kerana wang!tahniah lagi kepada engkau yang membuatkan aku sentiasa berhati-hati untuk memilih kawan..LELAKI!"
Tiba-tiba nana terdengar ketawa yang menyakitkan ulu hatinya.wajah hezrick ditenung.Nana berpeluk tubuh memandang hezrick dengan muka merah.
"berhati-hati?aku rasa engkau belum cukup berhati-hati lagi."tutur hezrick dengan nada sinis."kalau engkau berhati-hati engkau takkan layan si faiz tu macam tu kan?bukan main mesra lagi engkau dengan dia.Macam tu engkau kata engkau berhati-hati?"
senyum sinis dibibir hezrick menambah perasaan marah nana. "itu hak aku.Faiz lain,dia bukan penipu dan sentiasa jujur dengan aku!aku percaya dia.Lepas ni aku rasa engkau tak perlu lagi nak berlagak mesra dengan aku bila faiz datang dekat aku!engkau jauhkan diri dari aku...!!"
"apa yang lainnya?aku pun sama macam faiz.nak berkawan dengan engkau.so,faiz dan aku tak ada bezanya!!"nada suara hezrick semakin tinggi.serasa angin petang itu tak dapat menenangkan hatinya yang mengelegak itu.
"dah la....aku rasa buang masa je engkau nak bandingkan diri engkau dengan faiz.engkau dan faiz tak layak nak disamakan pun!aku benci engkau dan aku sayang faiz!"sehabis mengucapkan perkataan itu nana kembali berlari.hezrick kembali terduduk dikerusi.betul ke engkau suka faiz nana?hezrick kembali mengisai-gisai rambutnya.serabut.nana,macam mana dengan aku?memang tak ada ruang langsung ke untuk engkau maafkan aku?lemah langkah kaki hezrick melangkah meninggalkan taman itu.

No comments: