Saturday, February 23, 2008

Entah kenapa,hari isnin ini di rasakan terlalu panjang!hai,cepat la abis sekolah...



dalam hati nana:

yang si mamat tu asyik dok jeling aku...mana la aku nak selesa.ish...cepat la abis masa!!menyampah!menyampah la!!!argh....kalau boleh dah aku korek-korek dah bijik mata dia tu gune spanar k,skru driver k!!ha...baru puas ati aku!YA ALLAH,zalim nya ko ni nana!



dalam hati hezrick:

si minah tu,kalau boleh semua lelaki dalam kelas ni dia nak tegur.pe,aku ni bukan lelaki k?nak kata aku pakai baju kurung tak jugak!punya la "encem"aku ni!hahaha,perasaan ko ni hez,ni buat aku tercabar ni...tengok la,waktu akaun tadi!bukan main ramah mesra macam cik rahmah jiran sebelah umah aku dengan si faiz tu.ni dah masuk masa ke 7..lagi sejam dah nak balik!aku ni jangan kata nak tegur pandang pun tak nak.....argh!!tensyen.....



lamunan mereka terhenti!suara faiz memberi arahan supaya bangun menyebabkan mereka berdua tersentak!

"bangun,semua...SELAMAT PAGI CIKGU!"kedengaran masih bersemangat suara faiz,memberi ucapan itu.

"Duduk semua!!hari ini kita akan tangguhkan sesi pembelajaran kita dahulu.saya ada pengumuman penting untuk diberi tahu."dari jauh nana dapat melihat senyum sinis cikgu ruhani,guru matematik merangkap guru kelas mereka.ni yang aku tak suka ni bile dia senyum macam tu.adalah tu yang dia nak buat tu....hai...!nana mengeluh melihat senyum gurunya itu!capek disebelah dijeling.Dilihat ekin dan ada bertukar pandangan,dihadapannya!

"saya,dengan kuasa veto sebagai guru kelas anda..ingin mengunakan kesempatan ini untuk menukarkan tempat duduk kamu.terlalu banyak aduan yang saya terima tentang sikap kamu!bila kebisingan kelas kamu bercampur dengan kelas sebelah...masyaallah!satu sekolah boleh dengar.nana,geng kamu yang di kelas sebelah tu pun akan ditukarkan tempat duduk oleh guru kelas mereka....."panjang lebar mukadimah cikgu ruhani.hei...mesti aku pun kena tukar ni...!awal-awal dah sebut-sebut nama aku ni!argh.....capek dah buat muka cipan segan nak hidup disebelahnya.

"jika,saya hanya tukarkan tempat duduk seorang dua akan nampak tidak adil.Jadi saya akan tukar tempat duduk semua orang. bersebelahan lelaki-perempuan.untuk meminimumkan kebisingan kamu...PAHAM!"

Tiba-tiba faiz menjerit kegembiraan."cikgu,saya setuju je.tapi saya nak duduk dengan nana je la!dengan orang lain saya tak nak....ok cikgu??"sambil menunjukkan isyarat ok ke arah cikgu ruhani.

"FAIZ.......!!!!"mendatar suara nana.Tidak suka dengan cadangan faiz.

"maafkan saya faiz.Disebabkan awak ni sama level bisingnya dengan nana.saya memang tak boleh biar awak duduk berdua...!saya akan sebut nama dan sila bangun..dan bergerak ke tempat anda!!"serentak itu terdengar keluhan yang kuat dari semua pelajar kelas5 ceria.nama seorang demi seorang disebut.. hanya tinggal nama ikin,nana,paadin dan hezrick yang belum disebut.YA ALLAH,biar la aku duduk dengan paadin yang shengal tu...aku lagi rela duduk dengan mamat tu.bior seshengal mana pun aku tak kisah asal tak duduk sebelah hezrick tuh...wuargh!dugaaa...n!

"syekin...awak akan duduk...sebelah.."ai,pehal berenti lak cikgu ni!nak wat suspen la pulak...adui!angkat hp plak.sambil itu nana berbisik ditelinga ekin."ekin...ko duduk la sebelah budak baru tu.ek?your are my frenz..!leh ar kin?eh?"

"ah,tak nak la aku.dah la budak baru!!!kalau si paadin tu aku dah kenal lama tak pe la...."ujar ekin,membantah.

"ok.maafkan saya ye!!important fon call tadi."terang cikgu ruhani."syekin,awak duduk disebelah paadin ya?"what?ha.....tak aci la.Aku kena duduk dengan mamat H.A perasaan ni!!!!ni yang buat rasa nak mengamuk ni.argh.....tanpa nana sedari hezrick disebelahnya sudah tersenyum suka.
"cikgu...saya rasa iza lagi sesuai duduk sebelah er...er...budak baru ni!"cadang nana.nana...nana..!hezrick geleng kepala.nama aku pun ko tak nak sebut ya?boleh bagi alasan lagi sebab taknak duduk sebelah aku?

"tak boleh nana!!" tegas suara cikgu ruhani."sekarang sila bergerak ke tempat yang ditetapkan.Lagi satu nana.Jangan nak tukar lagi tempat awak tu macam sebelum ni.ok?kali ni kalau awak tukar balik saya akan terus buat aduan kepada pengetua....paham?"erk...pengetua?ni aku elergic ni..dah la pengetua tu kawan mama...baru cadang nak tukar tempat duduk.Hancus pelan aku macam ni!!!!lambat-lambat nana bergerak ke tempat barunya.

"lagi satu perkara!setiap projek,amali,majlis malam amal atau apa-apa sahaja...semua haruslah dibuat dengan pasangan anda...ok?!ada apa-apa pertanyaan?Bagus,masa saya dah tamat!terime kasih atas kerjasama anda."buku pengajaran diangkat dan cikgu ruhani terus berlalu.hezrick disebelah dijeling...ah!!aku kisah apa dengan ko.buat bodoh je la nana!diam je...tak payah cakap dengan dia.tapi macam mana? amali sains?seni?lisan bm,bi?sume kena bincang dengan dia....waduh-waduh,gawat ni neng!

"so,nana apa feeling ko kena mengadap muka aku hari-hari sekarang?"selamba saja nada suara hezrick bertanya sambil berpeluk tubuh.eleh,macam handsome..kutuk nana.

"huh.....!blah la ko...uwek"nana menjelir lidah.sambil bangun,berdiri tegak."comel jugak ko buat macam tu nana!!Aku taw ko suka duduk sebelah aku kan nana?macam waktu kita dulu....kan?"
tanya hezrick penuh pengharapan.

"ko je yang perasan aku suka...aku tak kata pun aku suka kan?dah la.malas aku nak layan ko ni...huh!M.E.N.Y.A.M.P.A.H" nana mengeja satu persatu.sehabis meluahkan kata-kata itu nana berlalu ke arah capek.hezrick hanya memandang nana yang berlalu dengan perasaan kesal tak terkata!!!








No comments: